Saturday, October 17, 2020

Cara menghafal by k syah

 Tips menghafal by k syah.


Okey. Ramai nk tips ni kan. So Ni


cara k syah ye. Yg nak ikut silakan. Taknak pun takpe. 


Mula2 sekali biasanya k syah suka target masa. Nak hafal 1 mukasurat brp minit. Klu takde target mmg tak dpt tasmik la sbb main2. 


Biasanya hafalan baru k syah target 45 minit atau 30 minit ikut tahap kesusahan tu. Setiap juzuk tak sama tau.  Ada senang ada susah. Tu biasa mmg kne hadap.


Baik. Lepas da ada target. Kena baca 1 mukasurat tu 10x. Kali pertama baca kne fokus betul2 bacaan tu. Baca ikut tajwid panjang pendek semua tu. Biar lmbt pun takpe. Da habis 1 mukasurat, baca lagi seperti yg pertama. Sehingga la bacaan kita semakin laju dan takde tergagap2 da. 10x paling sikit. 


Selepas itu 1 mukasurat ada 15 baris. Bahagikan 3. Dan Tanda guna pensil. Bila da ada 3 bahagian ni.  Boleh start hafal. 1 bahagian target 10minit atau 15 minit. 


Baca berulang kali sehingga bacaan kita laju dan betul tajwid. Suara kena kuat supaya telinga kita dgr dgn jelas. Mulut Ikut sebutan mahkraj huruf. Kne muncung, muncung, dengung baca dengung. Mulut kne buka betul2. Jgn bukak sikit je.  


Cara duduk jgk penting. Klu blh duduk ikut sunnah. Menghadap dinding dan gerakkan tubuh ke depan dan blkg. Jgn kaku mcm patung. 


Target 15 minit tu wajib capai. Klu tak dpt tambah lagi 5 minit. Kne fokus senang je ni. Jika ada ayat yg susah. Kne tulis ayat tersebut fokus pd huruf dan sebutan. Bila da dpt hafal. Tasmik jap dgn kwn. Lepas tu sambung lagi 5 baris seterusnya. Da hafal tasmik lagi dari atas sampai 10baris. Lepas tu sambung 5 baris lagi. Dan tasmik dari atas sampai bawah. 


Alhamdulillah Selesai 1 mukasurat.


Kalau susah nk hafal bahagian atas. Tak ingat2 puas da. Tinggalkan skjp. Hafal dulu bahagian bawah sekali. Bwk naik ke atas. Kne kreatif sikit. Jgn stress. Klu stress mmg tak dapat terus. 


Waktu menghafal jgk main peranan. K syah suka waktu pagi. Otak fresh lagi. Petang dan malam fokus untuk ulangan. Esok lepas subuh boleh tasmik dgn lancar 😍.


Nak hafal surah2 penting.  Pun blh ikut cara ni. Da dpt hafal mintak tolong siapa2 yg ada semak bacaan kita. Lepas tu baca masa solat. insya-Allah ingat. 


Nak hafal jgn ckp susah. Nnt susah la jadinya. Kne ckp alaaa senang je ni. Sekejap je blh igt. Secara tak langsung mindset kita da fokus senang. insya-Allah senang.


Dannn nak igtkn. Menghafal kalam Allah ni kena jaga bab makanan. Makanan tak jaga susah hati nk terima. Kena amalkan makanan sunnah. Makanan sunnah ni byk Khasiat dia utk hati dan otak kita. Kismis, kurma, badam, buah tin, delima dan byk lagi makanan sunnah blh kita amalkan. Lagi la mudah nak hafal. 


Takpayah susah2 nk cari satu2 bahan. Makan Amoora je. Da lengkap semua makanan sunnah dlm tu. Sblm buka Al Quran ambil sikit dan kemam. Ya Allah lancarkan lidahku, kuatkan ingatanku, lapangkan dada dan fikiranku utk aku hafal Kalam Mukjizat MU. Izinkan Aku membaca dan menghafal nya. Amiinn 


insya-Allah. Hati bersih, fikiran tak serabut. Senang Al Quran nk ddk dlm diri kita. Moga apa yg k syah share ni membantu kalian semua. Jika bermanfaat sebarkan moga lebih ramai lagi Umat Islam dpt menghafaz Al-Quran. insya-Allah moga Allah lindungi kalian drpd Fitnah akhir zaman.

 🥰.

K syah Amoora

No comments:

Post a Comment